Thursday, February 20, 2014

Minggu Pendidikan Islam dan Moral 2014

Bertepatan tarikh 17 - 20 Febuari Jabatan Pengajian Am telah pun melaksanakan Program Pertandingan sempena Minggu  Pendidikan Islam dan Moral 2014, Antara acara yang dipertandingkan melibatkan penyertaan lelaki dan perempuan kecuali bagi acara azan. sementara acara yang dipertandingkan pula adalah Tilawah al-Qur'an, melukis poster, nasyid, menulis jawi, azan dan pidato. 
Hadiah setiap pertandingan di berikan kepada pemenang tempat pertama hingga kelima, dengan pecahan seperti berikut:

Tempat pertama = RM80.00
Tempat kedua = RM60.00
Tempat ketiga = RM50.00
Tempat ke empat dan kelima = RM30.00

Sementara bagi acara nasyid pula, seperti berikut:

Tempat pertama = RM250.00
Tempat kedua = RM150.00
Tempat ketiga = RM100.00
Tempat ke empat dan kelima = RM50.00

Di bawah disertakan gambar-gambar sepanjang pertandingan berlangsung:


duduk dari kiri: Usth Rokisah Bt Muda (KJ), Ust Abu Hashim (JK Protokol) En Yaakub Hasrat (Timbalan Pengarah Akademik, Usth Rushidah Md Rusdi (KK) dan Usth Anisah Nasib (Pengarah Program)
Dari Kiri: En Hanafi Bosroh, Ust Mohd Zaid dan Ust Syahnan
Pemenang acara Tilawatil Qur'an lelaki


Pemenang acara Azan
Pemenang acara Pidato
Juara Kumpulan nasyid, kumpulan Inspirasi


pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dalam acara menulis jawi

 Para juri pertandingan Tilawah Al-Qur'an

 Acara pertandingan nasyid





Saturday, December 14, 2013

Program CSR JPA, PTPTN dan JHEOA di Kg Ulu Batu, Ulu Yam

Pada 26.11.2013 hari selasa, Jabatan Pengajian Am telahpun mengadakan satu Program CSR bersama Masyarakat Orang Asli di Perkampungan Ulu Batu Ulu Yam, Selangor. Program yang telahpun dirancang dan ditakwimkan dalam kalendar aktiviti JPA ini adalah merupakan satu kerjasama antara JPA PSAS, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Selayang dan juga PTPTN. 

Program ini melibatkan semua warga JPA PSAS iaitu dari unit Pendidikan Islam dan Moral juga dari Unit Bahasa English.bertolak dari PSAS seawal jam 7.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang, dengan menaiki bas Poli dan ada juga yang membawa kenderaan sendiri. seawal pagi kami disambut dengan gerimis pagi dikawasan bukit dan sesekali hujan yang agak lebat. namun niat murni kami untuk bersama-sama masyarakat orang asli dengan aktiviti yang telah dirancang sempurna tidak terhalang oleh hujan dan gerimis pagi. kerana pada awal pagi kami mengadakan program santai bersama mereka di dalam surau berdekatan. 

penulis bersama Tok Batin Kg Ulu Batu, Ulu Yam, (bukan Islam)
sebahagian program yang dilaksanakan di dalam surau


bergambar bersama-sama anggota keluarga JPA

beramah mesra dengan anak-anak orang asli, bersoal jawab tentang perkara asas dalam Islam









menyampaikan hadiah kepada para pemenang

Ketua Jabatan Pengajian Am, PSAS Puan Rokisah Bt Muda menyampaikan sumbangan kepada ketua keluarga

Penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Ketua Kampung (Tok Batin) Kg Ulu Batu.

bersiap untuk balik setelah program selesai
Bersama Pelajar Rapi (12 orang, 6 muslimin dan 6 muslimat) terima kasih kerana banyak menolong bagi menjayakan program ini

En Zulkifli (Tuan Hj) dari unit UIDM yang banyak membantu menjayakan program ini

Lawatan Industri JPA ke Hub Hala JAKIM (Cyberjaya)