Jabatan Pengajian Am (JPA) adalah salah satu daripada jabatan sokongan yang menyumbang tenaga bagi merealisasikan visi dan misi Politeknik Sultan Azlan Shah.
JPA diketuai oleh Puan Asmahan binti Mokhtar sebagai Ketua Jabatan. JPA terbahagi kepada dua Unit utama iaitu Unit Bahasa Inggeris dan Unit Pendidikan Islam dan Moral. Ketua Kursus Pendidikan Islam dan Moral disandang oleh Puan Rokisah Binti Muda manakala Kursus Bahasa Inggeris pula diterajui oleh Puan Gan Lai Kuen. Jabatan ini terdiri daripada 23 tenaga pengajar yang dedikasi dan komited terhadap tugas yang telah dipertanggungjawabkan.
Unit Pendidikan Islam dan Moral - Berfungsi untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi rohani dan jasmani sama ada dalam bentuk teori dan praktikal sebagai kesinambungan dalam penghayatan kehidupan mereka.
Unit Bahasa Inggeris - Memainkan peranan membantu pelajar menguasai penggunaan Bahasa Inggeris sama ada dalam bentuk penulisan mahupun lisan sebagai persediaan menghadapi kehidupan di masa hadapan.
Objektif
* Melahirkan individu yang berilmu pengetahuan , berketerampilan dan berakhlak mulia serta berkebolehan menggunakan Bahasa Inggeris secara praktikal dan dalam penulisan
* Memberi pendedahan agama dan moral serta melahirkan tenaga kerja yang berkebolehan, jujur, amanah serta bersahsiah mulia dan berperibadi profesional
* Meningkatkan kompetensi berkomunikasi pelajar-pelajar dalam Bahasa Inggeris Teknikal dan Perdagangan dalam memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kementerian Pengajian Malaysia
Kursus-kursus yang ditawarkan
* Pendidikan Islam
* Pendidikan Moral
* Tamadun Islam
* English For Technical Purposes
* English For Commercial Purposes
Tuesday, March 29, 2011
Jabatan Pengajian Am
Labels:
maklumat JPA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment