Saturday, March 24, 2012

Sehari Bersama Warga Emas di PJHWE Ketoyong

Program sehari bersama Warga Emas di Pusat Jagaan Harian Warga Emas di Kampung Ketoyong, Tanjong Malim. Program ini merupakan salah satu diantara beberapa program khidmat masyarakat yang telah di anjurkan oleh Pelajar-pelajar Jabatan Perdagangan di Bawah Kursus AA301 Tamadun Islam (Jabatan Pengajian Am) dengan kerjasama dari Pensyarah Soft Skill di Jabatan Perdagangan.

Seramai 42 orang pelajar dari kelas DAT 3A yang diketuai oleh Mohamad Roziman bin Abdul Rahmat, (Pengarah Program) dan di pantau selia oleh Ust. Marzuki Bin Sepiaail dari Jab. Pengajian Am dan Puan Hasni Bt Hashim (Pensyarah Soft Skill, dari Jab.Perdaganan) telah pun tiba di Pusat ini seawal jam 7.45 pagi. antara program awal yang dilakukan adalah senaman Tai Chi yang di bimbing oleh warga emas sendiri. lebih kurang 15 minit mereka berhenti rehat dan menikmati sarapan pagi berupa meehoon goreng ala singapore yang telah dimasak di Pusat Jagaan tersebut.

Setelah selesai makan, pelajar di bahagi kepada 2 kumpulan, iaitu seramai 20 orang di bawa ke Pusat penginapan warga emas yang memang menginap di pusat jagaan terebut. sementara 20 orang lagi kekal di Pusat Jagaan Harian. mereka melaksanakan tugas gotong royong seperti membersih kawasan sekitar dengan menyapu sampah, menebas semak samun, membersihkan longkang di bahagian pusat jagaan dan akhirnya mengemas dan membersihkan di bahagian dalam.

Di bawah adalah antara foto-foto disekitar Program





























Persembahan Pentomen dari Pelajar

Monday, October 24, 2011

Majlis Konvokesyen PSAS kali ke 8

Ucapan Tahniah buat Para Graduan yang telah selamat melangsungkan istiadat konvokesyen kali ke-8 PSAS pada 24/10/2011, iaitu pada hari isnin. seramai 508 graduan dari Jabatan JKM, JKA,JKE dan JP telahpun menghadiri majlis konvokesyen ini.
Tahniah juga kepada semua staff JPA yang telah melaksanakan tugas-tugas dengan begitu cemerlang sekali. untuk istiadat Konvokesyen kali ke - 8 ini, JPA diamanahkan sebagai Jawatankuasa Sambutan dan Protokol. berikut adalah sebahagian foto-foto sempena majlis penganugerahan Sijil dan Diploma pada konvokesyen tersebut.






Tuesday, October 18, 2011

Amali Pengurusan Jenazah

Amali Pengurusan Jenazah bagi kursus AA201

Untuk amali pengurusan jenazah kali ini diteruskan dengan persiapan untuk kafan, tatacara mengkafan mayat dan menyembahyangkan jenazah. peserta dikehendaki melaksanakan tugasan secara berkumpulan. setiap peserta hendaklah memainkan peranan masing-masing bermula dari mengukur ketinggian jenazah, meletakkan tali pengikat yang diambil dari cebisan kain kafan. sampailah kepada mengkafan mayat dan seterusnya menyembahyangkan jenazah. mereka juga dikehendaki memilih seorang dari mereka untuk menjadi imam.
berikut adalah foto-foto pelaksanaan pengurusan jenazah pelajar semester dua DPM2A dan DRM 2, Jabatan Perdagangan.



Saturday, September 24, 2011

Seminar Tamadun Islam

Unit Agama Islam (Tamadun Islam AA301) telah mengadakan Seminar Tamadun Islam Peringkat Politeknik Sultan Azlan Shah, pada 24 Sept 2011 (sabtu) bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Antara pembentang seminar adalah Prof Madya Dr Ariff Kasmo, Pensyarah Fakulti Pengajian Umum UKM dan Saudara Shah Kirit dari Saba' Media, Setiawangsa.




Slot Pagi dari jam 8.30 am hingga 10.00, 10.00 hingga 10.30 rehat, 10.30 hingga 12.00 tengahari di isi oleh Prof Madya Dr.Ariff Kasmo.

Topik yang di bawa oleh Sdr.Shah Kirit.





Pelajar Non Muslim dari Jabatan Perdagangan mengemukakan soalan kepada Sdr.Shah Kirit.