Friday, November 2, 2012
gambar program aktiviti pelajar di Kampung Kelawar
Sedang menyampaikan ucapan perasmian di Kantin Sekolah Nang Kaya, Kampung Kelawar. di sebelah kanan ialah Ketua Kampung, Kampung Kelawar.
Menyampaikan sumbangan hasil kutipan derma dari pelajar dan juga hasil sumbangan YB Ahli Parlimen Tanjong Malim, berbaju hijau adalah Penyelia kawasan Puan Leha (Cina, tapi lebih dikenali dengan nama tersebut)
| Bergambar bersama pelajar kelas DPM3 sesi Jun 2012, Ketua Kampung, Penyelia Kawasan Parlimen Tanjong Malim dan Penerima Sumbangan. |
Gotong Royong membersihkan kawasan rumah penduduk kampung oleh Pelajar dan warga setempat
Gotong Royong membersihkan kawasan dalaman rumah
perbincangan dengan tok ketua untuk perlawanan bola tampar antara penduduk dan pelajar
sebahagian pelajar bersama kaum ibu membantu mereka memasak
| Perlawanan Volleyball antara pelajar dan penduduk Kampung Kelawar yang berkesudahan pelajar DPM3 dikerjakan habis-habisan. |
Tuesday, August 14, 2012
Penyampaian Bubur Lambuk
bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, 1433 H, Pensyarah-pensyarah dari Jabatan Pengajian Am dan sebahagian dari Jabatan Perdagangan telah menyumbangkan wang mengikut keikhlasan masing-masing untuk upahan Bubur Lambuk yang telah disediakan oleh Katerer Kabil (abang man dan kakti).
Pada sebelah petang (jam 4.30 - 5.00 petang)majlis penyampaian sumbangan bubur lambuk telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah PSAS, En Mohamad Amin bin Hamat, Timbalannya En. Yaakob Bin Hasrat dan juga Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar En Salehan bin Marsim di Perkarangan Pondok Guard PSAS. Pelajar-pelajar PSAS tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa menerima sumbangan tersebut.

kelihatan ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, En Salehan Marsim, sedang menyampaikan sumbangan.

Tuan Pengarah PSAS, En Muhamad Amin Hamat sedang menyampaikan sumbangan dan dibantu oleh pelajar DPM3.

En Yaakob Bin Hasrat selaku Timbalan Pengarah Akademik turut turun padang untuk bersama-sama menyampaikan sumbangan bubur lambuk.


Penulis memberi penerangan ringkas kepada tuan pengarah tentang aktiviti penyampaian bubur lambuk, ucapan ribuan terima kasih kepada semua para penyumbang yang terdiri dari pensyarah-pensyarah Jabatan Pengajian Am dan Juga dari Jabatan Perdagangan kerana telah sudi menderma sumbangan kewangan dan juga kepada pelajar-pelajar DPM3, semoga amalan yang dilakukan mendapat ganjaran dari Allah swt.
Tuesday, July 31, 2012
Khidmat Masyarakat Unit Agama Islam dan Moral di Sek Men Agama Maahad Taufiqiyah Al-Diniyah
Alhamdulillah, pada 5/7/2012 Unit Agama Islam dan Moral telah berjaya melaksanakan Program Khidmat Masyarakat iaitu Pemantapan Ibadah Solat kepada para pelajar tingkatan satu, dua dan tiga. Program ini telah dilangsungkan di Sekolah Menengah Agama Maahad Taufiqiyah Al-Diniyah, Behrang Stesen. Berikut adalah Foto-foto sepanjang program.
Monday, May 14, 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)




<

















