Saturday, December 14, 2013

Program CSR JPA, PTPTN dan JHEOA di Kg Ulu Batu, Ulu Yam

Pada 26.11.2013 hari selasa, Jabatan Pengajian Am telahpun mengadakan satu Program CSR bersama Masyarakat Orang Asli di Perkampungan Ulu Batu Ulu Yam, Selangor. Program yang telahpun dirancang dan ditakwimkan dalam kalendar aktiviti JPA ini adalah merupakan satu kerjasama antara JPA PSAS, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Selayang dan juga PTPTN. 

Program ini melibatkan semua warga JPA PSAS iaitu dari unit Pendidikan Islam dan Moral juga dari Unit Bahasa English.bertolak dari PSAS seawal jam 7.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang, dengan menaiki bas Poli dan ada juga yang membawa kenderaan sendiri. seawal pagi kami disambut dengan gerimis pagi dikawasan bukit dan sesekali hujan yang agak lebat. namun niat murni kami untuk bersama-sama masyarakat orang asli dengan aktiviti yang telah dirancang sempurna tidak terhalang oleh hujan dan gerimis pagi. kerana pada awal pagi kami mengadakan program santai bersama mereka di dalam surau berdekatan. 

penulis bersama Tok Batin Kg Ulu Batu, Ulu Yam, (bukan Islam)
sebahagian program yang dilaksanakan di dalam surau


bergambar bersama-sama anggota keluarga JPA

beramah mesra dengan anak-anak orang asli, bersoal jawab tentang perkara asas dalam Islam









menyampaikan hadiah kepada para pemenang

Ketua Jabatan Pengajian Am, PSAS Puan Rokisah Bt Muda menyampaikan sumbangan kepada ketua keluarga

Penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Ketua Kampung (Tok Batin) Kg Ulu Batu.

bersiap untuk balik setelah program selesai
Bersama Pelajar Rapi (12 orang, 6 muslimin dan 6 muslimat) terima kasih kerana banyak menolong bagi menjayakan program ini

En Zulkifli (Tuan Hj) dari unit UIDM yang banyak membantu menjayakan program ini

Lawatan Industri JPA ke Hub Hala JAKIM (Cyberjaya)








Majlis Berbuka Puasa Jabatan Pengajian Am