Saturday, March 24, 2012

Sehari Bersama Warga Emas di PJHWE Ketoyong

Program sehari bersama Warga Emas di Pusat Jagaan Harian Warga Emas di Kampung Ketoyong, Tanjong Malim. Program ini merupakan salah satu diantara beberapa program khidmat masyarakat yang telah di anjurkan oleh Pelajar-pelajar Jabatan Perdagangan di Bawah Kursus AA301 Tamadun Islam (Jabatan Pengajian Am) dengan kerjasama dari Pensyarah Soft Skill di Jabatan Perdagangan.

Seramai 42 orang pelajar dari kelas DAT 3A yang diketuai oleh Mohamad Roziman bin Abdul Rahmat, (Pengarah Program) dan di pantau selia oleh Ust. Marzuki Bin Sepiaail dari Jab. Pengajian Am dan Puan Hasni Bt Hashim (Pensyarah Soft Skill, dari Jab.Perdaganan) telah pun tiba di Pusat ini seawal jam 7.45 pagi. antara program awal yang dilakukan adalah senaman Tai Chi yang di bimbing oleh warga emas sendiri. lebih kurang 15 minit mereka berhenti rehat dan menikmati sarapan pagi berupa meehoon goreng ala singapore yang telah dimasak di Pusat Jagaan tersebut.

Setelah selesai makan, pelajar di bahagi kepada 2 kumpulan, iaitu seramai 20 orang di bawa ke Pusat penginapan warga emas yang memang menginap di pusat jagaan terebut. sementara 20 orang lagi kekal di Pusat Jagaan Harian. mereka melaksanakan tugas gotong royong seperti membersih kawasan sekitar dengan menyapu sampah, menebas semak samun, membersihkan longkang di bahagian pusat jagaan dan akhirnya mengemas dan membersihkan di bahagian dalam.

Di bawah adalah antara foto-foto disekitar Program





























Persembahan Pentomen dari Pelajar